Pensel: Saya minta maaf.
Pemadam: Untuk apa? Awak tak buat salah pun dengan saya.
Pensel: Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ untuk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak menjadi semakin kecil.
Pemadam: Itu betul, tapi saya langsung tidak kisah tentangnya kerana saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya benci melihat awak bersedih :)..
PENGAJARANNYA, ingatlah ibu bapa kita juga boleh diibaratkan sebagai pemadam di atas dan kita pula sebagai pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan. Kadang-kala mereka terluka, akan menjadi kecil (tua) dan akhirnya hilang (meninggal dunia). Jagalah ibu bapa anda selagi mereka masih hidup dan balaslah jasa mereka dengan kebaikan.
Assalamualaikum, hai kwn2....nama saya Aisyah Syazwina bt Abdul Malik. Just panggil wina@aisyah..study kat mrsm gerik..hometown jeli..ok
Sunday, 19 August 2012
1 Syawal
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Amacam raya korang utk raya pertama ini? Best x? Mesti best kan? xkanlah x best kot, raya2 nie mesti semua orang ceria. Ke ada yg sambut raya kat hospital? Harap2lah xder. Saper2 yg raya kat hospital 2, sye mintak maaf, kot2lah ape yg sye ckap tadi mengguris hati anda. Jgn marah, jgn sakit hati, nanti melarat. Ahh,, aq dah melalut panjang dah nie. Tahun nie family aq tema biru. Waduhh..sejuk mata memandang. Rayer kat rumah je (Kg. Ayer Lanas, Jeli). X rayer kat kampung Johor, mungkin sebab parents busy. x rayerlah sama2 ye nenek, atuk, pak2 saudara, mak2 saudara n sepupuku sekalian. InsyaAllah, tahun depan, kita rayer sama2 jika nyawa masih dikandung badan. Nak tunjuk gambar pon, ckit jer. Tp xpelah, asalkan ader jgak gambarnye. Silakan tengok..
Itu jelah gambar yg nak di'share'kan bersama. Kalau korang perasan ade sorang xder kat sini. Iaitu KAKAK aq. Sedeyh gilerlah kakak aq xder waktu ni. Dia raya kat universiti dia (Curtin University of Technology Sarawak Campus) kat Miri. Btw, kami still contact through FB, mesej n calling2.
Kakakku
Ok, xpelah sampai cni sajer. Selamat Hari Raya. Mintak maaf kalau ada bwat silap dan salah terutamanya kepada ibubapaku, adik-beradikku, seluruh keluarga besarku dan juga rakan seperjuanganku dr Tadika Kemas Jakar, SK Nik Daud, SMK Ismail Petra dan MRSM Gerik..Salam Lebaran,,Mohon Maaf Zahir dan Batin. Assalamualaikum..
Subscribe to:
Comments (Atom)


