Pensel: Saya minta maaf.
Pemadam: Untuk apa? Awak tak buat salah pun dengan saya.
Pensel: Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ untuk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak menjadi semakin kecil.
Pemadam: Itu betul, tapi saya langsung tidak kisah tentangnya kerana saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya benci melihat awak bersedih :)..
PENGAJARANNYA, ingatlah ibu bapa kita juga boleh diibaratkan sebagai pemadam di atas dan kita pula sebagai pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan. Kadang-kala mereka terluka, akan menjadi kecil (tua) dan akhirnya hilang (meninggal dunia). Jagalah ibu bapa anda selagi mereka masih hidup dan balaslah jasa mereka dengan kebaikan.
No comments:
Post a Comment